Siti Nur Liyana Binti Mustafa. batch 95's. cybernetics college. business student ♥

19 October 2013

About my twin.

Hi? >.<
boleh tak, nak ceritakan pasal kembar saya? hehehehe sebenarnya kami bukan kembar kandung cuma ramai yang cakap kami kembar, nak sama muka, rapat, pegi mana mana mesti nak sama, kesukaan kami banyak persamaan. saya kenal dia dari tingkatan satu sebab kebetulan kelas kami sama, tapi masa tu kami tak rapat cuma kami kawan biasa biasa je lagipun dia rapat dengan orang lain saya pun rapat dengan orang lain. masuk tingkatan dua dan tingkatan tiga kami tak sama kelas, sejak tu tegur menegur pun jarang sekali. kalau terserempak pun senyum senyum hi hi gitu je ^^ biasa ah kan? hehehe, masa tingkatan tiga tu kami satu unit beruniform "kadet polis" berkawad sama sama cuma tak rapat je ;) masuk je tingkatan empat dan tingkatan lima, kami kelas sama semula. tak tahu macam mana kami boleh rapat sebab sebelum ni kawan biasa biasa je tetiba jadi serapat ni sehingga ah sekarang, sampai parents kitaorang pun dah "naik bosan" sebab nak lepak je mesti orang yang sama, nak kerja je mesti orang yang sama. hahahaha jangan salahkan kami, kami pun tak tahu kenapa kami sampai macamni :D tapi sekarang rapat kami dah kurang sebab masing masing dah sambung belajar, saya belajar dekat cheras dia belajar dekat nilai. so lepak sama sama pun dah kurang, balik pun bukan tiap tiap minggu kalau sibuk tak balik. last last mak kami pun dah jadi kawan baik hehehehe :p lepasni kami tak tahu macam mana persahabatan kami hm, cuma mengharapkan persahabatan kami kekal sampai ke syurga. InsyaAllah :') sayangkan dia sangat sangat, dia dah macam adik saya sendiri. harap dia pun macam tu? terima kasih kerana selalu ada dengan saya masa susah masa senang, memahami saya, buat saya gembira. terima kasih sangat sangat sayang, i miss you :')